Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.
Thursday, August 7, 2014
Apa itu Pepatah
Pepatah ialah susunan bahasa yang mnejadi sebutan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa kehidupan masyarakat sehari-hari. Pepatah berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan bentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah.
.
. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]
2. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah
diketahui orang]
3. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan
mendatangkan kerugian]
4. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang
dapat dipegang]
5. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
6. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama
handal]
7. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain
juga yang beruntung]
8. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
9. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
10. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya
orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
11. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi
ditakuti oleh orang bawahannya]
12. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
13. Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat
baik]
14. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan
kerjasama yang erat]
15. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
16. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci
mentuanya]
17. Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana
marah akan sesuatu]
18. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]
19. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu
menjenguknya lagi]
20. Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa
kerana kehabisan daya]
Subscribe to:
Posts (Atom)